Diploma Teknologi Maklumat

Iklan

Saturday, July 28, 2007

Nota TA203 Week 1

Nota Asal (42 Muka Surat) : http://www.savefile.com/files/925934

Nota Yang Telah Di Edit (13 Muka Surat) : http://www.savefile.com/files/925930

Monday, April 23, 2007

Video Conferencing - Another Option For Current Messenger

Ever since one family one computer campaign has been launch (I can't remember maybe 5-7 years ago) people started to connect each other using current technology. From the era of physical mailing, online mailing or even mass media, we are now into new generation of another messaging option, other than text, we now able to do video conferencing.

Latest technology too have their limitation. To make sure one can do video conferencing, one need to be sure the connection that connect the computer to the Internet Provider is on its peak. To make it simple just imagine video conferencing as like this. You buy a cheap webcam (saves your money). You connect it to your friend's computer to do a video conferencing. But the picture moves at 25 fpm (frame per minute). So it take 3 seconds for you to move your hand and for your friend to see you moved your hand.



The name say out loud what was it. What I like it the most is:



You can read it. Nothing more to say.

Saturday, February 17, 2007

Secara Ringkas

Virus Komputer

Suatu nama yang cukup popular dikalangan pengguna komputer disebabkan keupayaannya mengundang pelbagai masalah kepada komputer. Dunia IT akan terus digemparkan dengan kehadirannya sehingga ia merupakan suatu kebiasaan yang tidak dapat dielakkan. Virus komputer merupakan suatu program yang dicipta untuk pelbagai tujuan dan juga boleh tersembunyi didalam sesebuah perisian. Virus komputer berkemampuan mereplika iaitu menyalin diri dan menjangkiti bahagian atau program lain dalam komputer,dokumen,boot sector dan sebagainya. Apabila kita menjalankan program yang dijangkiti,virus tersebut akan mengaktif serta melakukan salinan diri sendiri dan akhirnya akan melakukan pelbagai kerosakan seperti membuat paparan skrin,memadam data dan pelbagai kemusnahan lagi.

Worm

Worm atau cecacing berkemampuan melakukan eksploitasi terhadap kelemahan suatu sistem operasi serta mereplikasi diri pada rangkaian komputer. Contoh Worm sasser teleh melakukan kerosakan pada sistem komputer persendirian dan korporat. Contoh lain pula ialah Worm CodeRed telah mengeksploitasi kelemahan windows 2000 iaitu pada file idq.dll iaitu kelemahan buffer overflow Windows 2000.

Adware

Program yang memunculkan pop-up iklan atau iklan yang tersembunyi yang dimasukkan oleh pembuat program ke dalam sesebuah program, biasanya program tersebut adalah program yang freeware,shareware dan sebagainya.Jadi,pengguna terpaksa menerima iklan tersebut.

Spyware

Program intipan yang berupaya mendapatkan dan mengumpul maklumat pengguna sesebuah komputer tanpa disedarinya. Pencerobohan privacy ini boleh menguntung pihak pengintip kerana sesuatu maklumat terkumpul boleh dijual kepada pihak yang berminat atau untuk sebarang strategi dan promosi produk keluaran syarikat mereka. Program intipan ini boleh didatangi bersama secara tersembunyi melalui program berbentuk freeware,shareware atau demo yang boleh dimuat turun dengan mudah internet.

Trojan

Program ini sangat berbahaya kerana ia memampukan penggodam komputer untuk mengawal serta melakukan sebarang perubahan kepada komputer tanpa pengetahuan pengguna komputer tersebut. Selain itu ia juga mampu mencipta, menghapus dan memindah sesuatu fail tanpa diketahui.

Hijacker

Kebolehan program ini ialah mengubah apa yang telah disetkan pada pelayar web,menukar arah carian ke laman tertentu seperti laman web lucah. Program ini juga berkemampuan mengubah haluan carian ke enjin carian yang ditetapkan oleh pembuat program ini dan yang paling teruknya ialah apa yang telah diubah oleh program ini tidak dapat diubah kembali, malah, anda mungkin tidak dapat melayari internet seperti biasa.

Dialer

Program ini berkeupayaan memasukkan fungsi sambungan ke internet, memutuskan sambungan komputer dari ISP tempatan dan kemudian ia menukar atau menghubungkan kembali sambungan anda ke ISP lain dan telefon antarabangsa.

Keylogger

Program yang mampu merekod apa sahaja yang anda tekan di keyboard anda, termasuklah perbualan email dan chat.

Cookies

Ia sebenarnya dicipta untuk disimpan pada sistem untuk membolehkan diakses kembali tapi ada juga menyalahgunakanya dengan berkongsi pada laman lain serta mengumpul maklumat seseorang pengguna yang mungkin bercirikan peribadi untuk dijual bagi perolehi keuntungan.

Spam

Melibatkan kegiatan e-mail yang tidak diundang kehadirannya yang dihantar dalam jumlah yang banyak dan ia mungkin kegiatan suka-suka, mengacau pemilik e-mail atau aktiviti pengiklanan yang salah iaitu tanpa kebenaran penerimanya. Ia pasti mengundang masalah kepada pengguna dari segi ruang e-mail dan masa.