Bertujuan untuk menyimpan penetapan perkongsian tentang perisian dan sistem. Isi kandungannya perlu digunakan oleh setiap pengguna.
[HKEY_LOCAL_MACHINE] mempunyai 5 kod mesin yang mempunyai makna tertentu.
[HARDWARE]
Menyimpan maklumat tentang perkakasan seperti maklumat CPU, pengurusan kawalan kuasa yang lebih lanjut, pengurusan plug & in dan lain-lain.
[SAM]
Menyimpan maklumat tentang log on sistem. Dalam keadaan preset ia dilindungi oleh sistem untuk mengelakkan pengguna mengubah penetapan menerusi Registry Editor.
[SECURITY]
Menyimpan maklumat tentang penetapan keselamatan sistem. Ia dilindungi oleh sistem untuk mengelakkan pengguna mengubahnya.
[SOFTWARE]
Menyimpan penetapan semua perisian. Semasa pemasangan perisian, kod mesin yang dikenali dengan nama SOFTWARE akan dibina dan maklumat penetapan berkenaan akan ditulis ke dalamnya secara automatik berpandukan kod mesin yang dibina oleh pengeluar perisian.
[SYSTEM]
Menyimpan maklumat tentang operasi sistem. Ia mengandungi maklumat tentang aturcara perlaksanaan, perkhidmatan yang dimuat masuk oleh sistem, maklumat, pemulihan sistem dan lain-lain.
Iklan
Sunday, February 4, 2007
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment