Diploma Teknologi Maklumat

Iklan

Sunday, February 4, 2007

Mengenali Registry Windows

Asal fail registry boleh dirujuk pada Windows 3.1. Windows 3.1 merupakan sistem operasi yang kompleks. Ia tidak sama seperti DOS yang menggunakan fail Config.sys yang ringkas untuk melakukan semua penetapan sistem.

Cara penetapan yang baru terpaksa digunakan dalam Windows untuk melaksanakan fungsi yang lebih kompleks. Oleh itu, Windows 3.1 menggunakan fail.[INI] yang relatif.

Walaupun cara ini berkesan tetapi ia sukar diuruskan. Contohnya penetapan kad bunyi memerlukan pengubahan fail [.INI] yang relatif. Beratus-ratus fail penetapan aturcara INI dan fail penetapan perkakasan INI adalah amat sukar diuruskan. Dalam Windows 95, syarikat Microsoft telah mengubah suai fail penetapan [.INI] dengan menggunakan pangkalan data. Oleh itu satu pangkalan data yang istimewa telah dihasilkan, iaitu fail registry yang berperanan penting dalam sejarah perkembangan Windows.

No comments: